أشهد أن لا إ له إلا اللأشهد أن محمدا رسول الله
Bila tiba masanya semuanya Akan berakhir.. dan ketika itu lagilah tiada lagi hambanya yang akan hidup dimuka bumi ini.. Di akhir hayat seseorang hamba Allah akan tersebutlah dua kalimah syahadah itu.. Aku cukup tukut jika aku tidak sempat melakukan amal ibadat yang sempurna sebagai seorang hambanya. Aku takut aku tidak dapat membahagiakan kawan-kawan aku, keluargaku, dan jika dapat meluangkan masa dengan semua guruku yang pernah memberi ilmu dan sebagai seorang ibu disekolah menahan karenah aku sebagai seorang pelajar yang comel ini hihi :)
Aku takut.. aku takut aku akan pergi tanpa memberi kebahagian kepada semua.. sesungguhnya aku seorang hamba yang tidak pernah lari dari kesilapan. aku tidak lah sebaik nabi muhammad yang tidak pernah melakukan kejahatan,kemarahan dan semua perkara buruk seperti hamba Allah yang lain..Sahabat, aku adalah sabrina,ina,Gemok,Biena, dan semua nama panggilan yang menggeli hati korang memberi kepadaku. aku ingin katakan Aku sungguh bahagia dapat mengenali apa itu erti persahabatan.. maafkan aku sebab aku selalu membuat perkara yg menyakitkan diri kauorang.Aku hanya ingin menjadi seorang kawan yang selalu membuat kauorang kertawa setiap masa.
Ibu,Ayah,Abang, dan juga Arwah kakak.. Maafkan ini bila ina pernah lukakan hati kauorang. terlampau banyak kenangan yang mencuit hati kita lalui bersama. Walaupun kehilangan kakak pada 23.1.2011 kerana Allah lebih sayangkannya.Ina takut jika kakk memanggil ina untuk temani dia disana dan ketika itu ibu,ayah dan abang akan membaca ini. ina nak beritahu ina sangat,sangat sayang kamu semua. mungkin ina tidak dapat tunjukkan dengan luaran tapi jika diberi peluang ina ingin berdoa semoga segala dosa kalian terhapus dan kalian selalu gembira tanpa melakukan kan satu dosa pun. InsyaAllah bu, yah, bang doa itu tidak pernah luput dalam jiwa raga dan dalam solat ina.
Ketika tadi, pukul 3:00 petang.. aku solat dan terlampau sebak dihati kerana merindui seorang sahabat, lawan, guru, dan belaian seorang kakak. ye aku teramat merinduanya Ya Allah! aku rindu dia...... Aku menunaikan solat fardhu zohor dan sehingga mengalirkan air mata dan selepas aku habis betapa sebaknya air mata ini laju turun sehingga tidak sempat melihat abang pulang ke tempat belajarnya hanya titipkan salam saja. Aku terus tidur dengan masih disarungkan telekung dan beralaskan sejadah betapa bahagianya diri aku ketika itu.. aku merasa seolah tidak mahu bangun kembali. aku tidak sedarkan diri, aku seperti tidur bersama Allah disisinya Allahhuakbhar :'D bahagia aku ketika itu terbawa sehingga jam 5:30 petang.. apabila aku terpejam Aku melihat air mata aku mengalir ya Allah.. Aku sungguh bahagia dan aku mengharapkan engkau mendengar segala doa ku Amin. Dan jika aku dipanggil untuk berada disisi mu disana Engkau makbulkan lah segala doa-doa Terakhirku.
.jpg)