Keperitan yang dirasai kini semakin ku harungi. Aku tidak lagi mengharapkan cinta atau pasangan yang boleh membahagaikn Aku. Bagi aku itu semua cilaka. Tahi busuk seperti bangkai kini masih berlega-lega di dalam ingatan aku. Aku selalu berdoa untuk melawan semua kesakitan ini. Tapi, apa kan daya aku manusia lemah :( aku terpaut dengan kata-kata lelaki yang busuk dalamannya.
Aku hormat orang sekeliling untuk perbaiki diri aku sendiri. Tapi, bila kesialan yang menimpa aku semua hilang kan diri bagaikan dunia ini aku yang punya. Benda itu semua sungguh menyakitkan bagai hati aku ni dicucuk dalamnya dengan batang api yang menggelegak panasnya. Aku terus melapkan air mata aku yang sedang laju mengalirnya sekarang ini. Aku masih tergiang-giangkan kata-kata manis dan janji seorang lelaki itu. Perit rasanya untuk meneruskan kehidupan ini jika ini adalah permulaannya.
Kesabaran yang mendatang adalah dari ilahi. Aku tidak pernah menyalahkan takdir aku sendiri untuk semua ini. Aku kuat dan selalu memikirkan ada hikmah disebalik semua ini. Aku telah bersujud kepada ilahi setiap hari dan pada waktu tadi, aku telah sujud kepadanya hingga aku mengalirkan air mata yang dera lajunya. Aku seperti tidak mampu untuk bangkit semula untuk melakukan sujud terakhir ku.
Mendoakan kebahagian orang lain itu adalah cara. Kerana bagi aku, biarlah orang lain atau orang yang aku sayang bahagia dulu sebelum aku. Bagi aku, mereka adalah segalanya untuk aku. Dan justeru itu mereka adalah segalanya dan mereka tidak layam untuk merasa keperitan aku ni.
Dengan sebuah irama muzik yang menyelubungi teliga aku sekarang ini telah menemani aku untuk terus menaip dan meluahkan segalanya. Perasaan sebak didalam hati ini tiada siapa lagi dapat melihatnya apa lagi merasa nya :) bagi aku, cara aku, aku taknak orang lain masuk campur hal aku. Biarkan aku sorang saja yang merasai segalanya. Apa lagi didpan orang2 yang aku sangat sayang.
Hati aku ni semakin hari semakin rapuh. Tidak selalunya untuh. Ada kalanya aku boleh berdiri tegaknya dan tidak memerlukan bantuan orang lain tapi ada kalanya aku rebah hingga jatuh kebawah dan ketika itu aku amat memerlukan tangan seorang sahabat yang mampu membangunkan aku kembali. Tapi, ketika sujud terakhir aku sebentar tadi, aku hingga sempat mendoakan agar hati aku ditutip oleh mana2 lelaki ya Allah Allahhuakbhar. Aku tidak mampu berkata apa2. Kini, 27 haribulan 3 semakin mendampingi hariku kerana tarikh itu adalah genap 7 bulan untuk segela pe deritaan aku, dan ketika itu jugalah genap tujuh bulan untuk aku single tanpa kehadiran mana2 lelaki pun. Ya aku mengaku ada kalanya aku senang untuk suka seseorang itu tapi, bila aku senang dimainkan dekat kata2 seperti tahi sial nya. Aku semakin membenci apa itu kasih sayang diatas pengorbanan. Aku sudah penat berkorban untuk semuanya. Maafkan aku