Wednesday, 28 August 2013

arwah nurul ashikin indra.

Post aku kali ini aku tidak menggunakan atau meletakkan gambar disini. Bukan kerana aku malas ttpi perasaan sebak ini sehingga tk sempat nk cari gmbr lol.aku rindu gurauan arwah. Ya arwah adalah seorng kakak kandung darah dagingku yg hampir 2 tahun pergi meninggalkan aku setelah ditakdirkan kerana tuhan lebih sayangkan dia. Aku jujur & apabila aku terkenangkan yg aku memang selalu gaduh dengan arwah. Tak pernah baik walaupun ada masanya. Aku sedar aku bukana dik yg baik yg pernh melindungi dia dahulu. Kami selalu bergaduh tarik rambut dn mcama2 yelah adik beradik kan haha. Aku rinduuuu sangat dia. Aku tk tahu nk cerita dngan siapa tentang kesedihan aku ni. 

Kakak, dah lama aku tk memanggil nama "kakak" ni selama 2 tahun perginya seorng kakak yg paling ak sayang yg penuh dengan kisah duka kmi. Aku tahu, aku tak sempat menjdi adik yg matang dulunya adik yg membahagiakan dia dahulu.aku tk sempat nk bergurau,keluar bersama, luangkan masa bersama seperti adik beradk yg lain, aku tk sempat nk rasa kasih sayang di dalam dalam. Ya, dulu masih aku kanak2 aku tk masak tentang pengorbanan itu semua. Kini aku cuma rindukan dia yg dahulu jdi pesakit aku ketika aku jdi doktor buatnya.

Aku masih lagi ingat kami bermain bersama, dia jdi pesakit & aku doktorya. Aku urut, aku letak tisu basah kononnya baru lepas operation. Rupanya2 arwah suka buli aku jdi balaci dia hahaha :( rindu. Ttpi, aku sedih kerana ketika di terlantak di hospital aku hnya lenuh berlinangan air mata tak mmpu merawat dia :'( aku meraung bagaikan manusia yg hilang akal. Aku memeluk dia dengan penuh kasih sayang yg "kak, bangun lah ina rindu ni. Kak, sedarlah ina nak main doktor2. Kak, bangunlah siapa nk nanyi lagu dadali lgi. Kak, siapa nk didik, marah ina. Kak..." yg terakhir sebelum arwah pergi dia sempag menyanyi kan lagu "disaat aku menyintaimu by dadali. Di suruh aku tutup lampu rupanya dia sedang nangis kerana dia tahu dia mahu pergi menghadapNya. Al fatihah


Aku sedar,
aku bukanlah tuhan yang mampu menghalang,
malaikat maut untuk mengambilmu,

Aku sedar,
kamu juga tidak sangka kamu akan meninggalkan kami,
yang masih memerlukanmu.

Aku sedar,
Kamu tidak ingin meninggalkan anak kecil kamu,
mereka memerlukan lagi kasih sayangmu.

Aku sedar,
Kamu pergi dengan senyuman ikhlas,
pergi dengan relanya,
Pergi ke syurga yang pintunya terbuka luas untukmu.

Aku sedar,
aku tidak mahu kehilanganmu,
Kami tidak mahu kehilanganmu,
tapi apakan daya,
tuhan lebih sayangkanmu.

Aku sedar,
Nanti suatu hari,
kami akan jumpa kamu,
di atas sana.

Aku sedar,
kamu sayangkan kami.