Saturday 5 October 2013

biarkan


Kenapa dengan kamu? Terlalu bahagiakah dengan keadaan kau sekarang?

Tidak. Aku sedang berusaha mencari bahagia aku. Kau mahu aku terperuk di rumah mengenang takdir Tuhan? 

Kau cuma lihat aku ke mana mana bersama teman. Ketawa berdekah hentinya tidak. 

Cuba pakai kasut hidup aku. Pakai kedua-duanya. Biar kau rasa erti lelah aku untuk teruskan kehidupan. 

Tak siapa tahu tidur aku di ganggu mimpi jenaka bodohnya. Tak siapa memahami bila aku boleh menangis sambil tidur seorang diri. Tak siapa mengerti bila hampir setiap hari aku pasang lagu sedih yang sama tanpa reaksi sedih. 
Lebih teruk lagi, tak siapa faham bila aku boleh menulis dengan kejam lagi bila berkeadaan begini.

Tuhan ciptakan aku untuk mendampingnya bilamana dia susah. Mungkin aku adiwirawati hidupnya. Dia hampir berjaya. Dan sekarang, Tuhan suruh aku pergi. 

Selamat tinggal, adiwira. Semoga di kehidupan lain, kau bangkit. Menjadi manusia seperti dulu, agar kita bisa jatuh cinta semula.